Wednesday, December 16, 2009

Started!!

Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, akhirnya wujud juga blog ini yang telah dirancang untuk satu tempoh yang agak lama. Blog yang sememangnya didedikasikan kepada dunia bola sepak, di Malaysia mahupun di dunia khususnya liga-liga di eropah (Barclays Premier League, Serie A di Italy, La Liga di Sepanyol, Ligue 1 di France dan Bundesliga di Germany) mahupun Liga Juara-juara Eropah.

Ingin saya, Roy sebagai pemilik/penulis blog ini jelaskan, saya dengan sedaya upaya saya akan memastikan blog ini tidak bias kepada mana-mana pihak khususnya kepada team yang saya suka mahupun team yang saya tidak suka. Ingin juga saya katakan, blog ini tidak dihadkan kepada bahasa Melayu sahaja, bahasa Inggeris juga akan digunakan apabila perlu khususnya ketika membincangkan hal-hal bola sepak Eropah.

Jika anda mempunyai apa-apa topik yang anda rasakan sesuai untuk dibincangkan atau anda mempunyai apa-apa respon terhadap penulisan saya, sila emailkan ke lovefootball1988@gmail.com.

Terima kasih / Thank you,

Roy

No comments:

Post a Comment